Sunday, 30 July 2017

Kerana Kamu Suamiku

Kami dididik dengan adab & sopan.
Takde lah setinggi bangsawan..tapi sebagai melayu adalah tempias-tempias sikit adab & sopannya.
Cakap kena teratur.
Gurau kena berbatas.
Tegur kena berlapik.
Tapi makin besar makin terhabis sifat tu, bila marah kami lantang.
Rasanya itu yang perlu bila tinggal di Malaysia ni, takut dipijak..esspecially tinggal di KL.
Berbeza dengan keluarga suami.
Sebab tu bila kahwin banyak perkara kami tak sepakat.
Terutama bila kisah kisah besar berlaku.
Aku sabar sebab kau yang bernama suami.
Sebab kau.
Kau suami.

Sunday, 17 April 2016

Cinta Apa?

Dulu,
Kerap kali,
Kamu pesan.
Tinggalkan dia yang tak punya apa.

Kata kamu,
Kamu hairan kenapa kita bersama.
Pilih lelaki yang tak punya apa.

Tapi,
Hari,bulan & tahun,

Aku lihat,
Kesanggupan dia,
Merentasi segala yang ku punya,
Melengkapi segala yang aku ada.

Walau tak daki komplek ternama,
Ku selesa maghrib & isyak di masjid berbeza.
Walau tak punya barang jenama,
Ku selesa punya santap dimeja.

Teman,
Cinta itu bila kita selesa jd diri kita.
Cinta itu bila kita bersama menjadi kita.
Cinta itu bila kita berdua melengkapi sesama.

Aku tahu kamu malu bila pasangan jeling tajam dimeja makan tadi.
Aku tahu kamu segan waktu pasangan tengking keras dikereta tadi.
Aku tahu kamu sipu saat pasangan rentap beg kertas di kompleks tadi.

Cinta dia atau cinta duit?

Kerana,
Aku kenal kamu.



Saturday, 12 March 2016

Sarah 9 Bulan

Sarah sayang...
Esok awak masuk 9 bulan.
Membesar sayang!
Bagi mama sedikit masa untuk belajar bersabar.
Belajar redha dengan setiap sakit hati,

Sayang Sarah.
Demi setiap nafas, mama sayang awak.


Tuesday, 8 March 2016

Ketam


Punya Kamu

Punya kamu..
Bagai hilang segala duka.
Hilang sudah segala luka.
Sudah pergi segala derita.

Punya kamu..
Bagai diberi secebis syurga.
Hilang sedih entah kemana.
Entah bila rasa itu tiba.

Punya kamu..
Cukup punya kamu.
Cukup segala kurang.

Punya kamu.

Saturday, 6 June 2015

Tanggung

Dia itu berat.
Digendong di bahu..
Pikul sampai relah..

Dia itu beban.
Aku tahu!
Mengah..
Lelah..

Ditanggung..
Tanggung kau!
Mahu dijinjing, mahu dipikul.
Kau sendiri kira.
Itu fikir kamu? Mungkin!

Dijawab..
Segala soalan,cerita dan berita.

Mahu jujur,perjelas cerita
Mahu tapis,pusing berita
Mahu gah,sendiri auta.

Kerana itu,..
Namanya tanggungjawab!

Bukan tanggung ada ketika.
Bukan tanggung tanpa berita.
Bukan tanggung cuma seketika.

Jangan jawab ingin gah.
Jangan jawab mahu dihebah.
Jangan jawab bak nasi tambah.